Friday 2 December 2011

Peribahasa Yang Bermula Dengan Huruf "Z"

Zaman beralih, musim bertukar.-Segala sesuatu (peraturan, hukuman dan sebagainya) hendaklah disesuaikan dengan keadaan zaman.
Zaman Tuk Nadur berkajang kain.-Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali.
Zaman puntung berasap.-Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali lagi.
Zikir-zikir saja jatuhkah rezeki jatuh dari langit?-Rezeki tidak datang dengan hanya berdoa.

Peribahasa Yang Bermula Dengan Huruf "Y"

Yang bungkuk juga dimakan sarung.-Yang bersalah juga yang akan menanggung dosanya.
Yang buntal kutil mengutil, yang jerung luluh meluluh.-Yang miskin hidup berpekin, yang kaya boros berbelanja.
Yang hidup sesarkan mati.-Tiap-tiap suatu itu ada batasnya dan ada pula penggantinya.
Yang mencencang memampas.-Yang berbuat salah harus menerima hukuman.
Yang rebah ditindih.-Yang sudah miskin bertambah miskin.
Yang sehasta takkan jadi sedepa.-Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi.
Yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa.-Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi.
Yang terbujur lalu, yang terlintang patah.-Sesuatu yang tak dapat dihalang-halangi.

Peribahasa Yang Bermula Dengan Huruf "W"

Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga.-Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga.
Walaupun ada umpan, belum tentu ada ikan.-Sesuatu pekerjaan itu walaupun telah ada persediaan yang cukup tetapi belum tentu akan berhasil dengan baik.
Wau melawan angin.-Perbuatan yang sia-sia.
Wayang kepadaman damar.-Keadaan kacau yang terjadi dengan tiba-tiba.
Walau bagaimana minyak dicampur dengan air, minyak juga yang timbul.
-Golongan bangsawan tetap diberi layanan istimewa.
Walau ikan yang diam di dalam tujuh lautan juga, termasuk dalam pukat juga.-Orang yang pandai pun ada masanya akan terkena.
Warta dibawa pikat dan langau.-Khabar angin.
Wau putus teraju.-Seseorang yang sudah putus harapan, hanya berharap pada nasib.

Peribahasa bermula dengan huruf "T" dan "U"

T
Tiada rotan akar pun berguna-Kalau tiada barang yang terbaik, barang yang kurang baik pun boleh digunakan.
U
Ubur-ubur airnya hitam.-Orang yang jahat nyata pada kelakuan dan perkataannya.
Ucap habis niat sampai.-Hasil yang diperoleh dengan segera.
Udang hendak mengatai ikan.-Tak insaf akan kekurangan diri sendiri.
Udang merentak dalam tangguk.-Tidak tenteram.
Udang tak tahu di bongkoknya.-Tak insaf akan kekurangan diri sendiri.
Ugut-ugut beruk saja.-Menunjukkan berani pada orang yang takut padanya.
Ukur mata dengan telinga.-Menurut penglihatan dan pendengaran.
Ulam mencari sambal.-Perempuan yang mencari lelaki.

Peribahasa bermula dengan huruf "S"

Salai tidak berapi.-Perempuan hamil yang ditinggalkan suaminya.
Sauk air mandikan diri.-Orang yang hidup di atas usaha sendiri.
Sebelum ajal berpantang maut.-Tidak akan mati sebelum tiba ajalnya.
Seludang menolak mayang.-Telah kelihatan isi hatinya.
Seperti api dengan asap.-Pertalian yang tidak dapat diputuskan.
Seperti api di dalam sekam.-Perasaan dendam yang tersembunyi.
Seperti bangsi buluh perindu.-Suara yang merdu dan lemah lembut.
Seperti benang putih.-Orang yang menurut tanpa membantah.

Peribahasa bermula dengan huruf "R"

Rebung tidak jauh dari rumpun.-Perangai anaknya tidak jauh dari perangai bapanya.
Retak-retak mentimun.-Retak halus yang hanya di luar sahaja.
Rezeki harimau.-Makanan yang banyak dan berjenis-jenis.
Rezeki mata.-Sesuatu perkara yang sedap dipandang.
Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.-Bersama-sama dalam suka dan duka.
Ringan tulang, berat perut.-Siapa yang rajin bekerja dia akan mendapat rezeki yang lebih.
Rumah buruk disapu cat.-Orang tua yang suka bersolek.
Rumah gendang bersendi perak.-Orang bangsawan dan kaya pula.

Peribahasa bermula dengan huruf "P"

P
Pacat ingin menjadi ular.-Orang yang miskin atau hina berlagak menjadi orang kaya.
Patah tumbuh hilang berganti.-Pemimpin yang berundur sudah ada penggantinya.
Pipih boleh dilayang, bulat boleh diguling.-Perkara yang sudah mendapat kata sepakat.
Pelanduk dua serupa.-Dua orang yang seakan-akan rupanya.
Pinang pulang ketampuk.-Sudah secocok atau bersesuaian.
Pipit sama pipit enggang sama enggang.-Pengelasan orang mengikut pangkat dan darjat.
Pipit pekak makan berhujan.-Orang yang sangat rajin dan tekun melakukan sesuatu perkerjaan.
Pipit meminang anak enggang.-Orang yang miskin ingin beristerikan orang kaya.

Peribahasa bermula dengan huruf "N" hingga "O"

N
Nafsu tidak bertepi.-Keinginan hati manusia tidak ada batasnya.
Nafsu-nafsu, raja di mata sultan di hati.-Menuruti kehendak hati sendiri.
Naik basuh kaki saja.-Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan mudah.
Naik dari janjang, turun dari tangga.-Membuat sesuatu pekerjaan menurut aturannya.
Naik di janjang, turun di tangga.-Membuat sesuatu pekerjaan menurut aturannya.
Naik ke rumah bercuci kaki saja.-Kahwin dengan tidak kena belanja apa-apa.
Nasi tak dingin, pinggan tak retak.-Cermat melakukan sesuatu pekerjaan.
Nasi tersaji di lutut.-Keuntungan yang diperoleh dengan mudah.
O
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.-Setiap bantuan orang hendaklah kita kenangi

Peribahasa bermula dengan huruf "M"

Macam kepiting jalan.-Orang yang berjalan miring.
Macam kera kelaparan.-Orang tua yang bibirnya selalu berkomat-kamit.
Macam kikir besi.-Orang kaya yang bakhil.
Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta.-Sesuatu yang amat susah diperoleh.
Main akal.-Mengenakan tipu daya.
Makan bersabitkan.-Mendapat makan dan minum tanpa bekerja.
Makan nasi kawah.-Hidup memburuh; dalam peliharaan orang tua.
Maksud bagai maksud manau.-Maksud yang melebihi kesanggupan.

Peribahasa bermula dengan huruf "L"

Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni.-Persahabatan yang sangat karib.
Laba tertinggal, harta lingkap.-Laba tidak diperoleh, modalnya lenyap pula.
Labu dikerbuk tikus.-Gadis yang sudah kehilangan daranya.
Ladang yang berpunya.-Perempuan yang sudah kahwin.
Laksana jauk penjauk yang kerap.-Terlalu kikir.
Laksana jentayu menantikan hujan.-Sangat rindu.
Laksana kain tiga hasta.-Serba tanggung.
Langit menyungkup kepala.-Sesuatu yang tidak dapat diatasi lagi.

Peribahasa bermula dengan huruf "K"

Kaduk kena baja.-Orang yang tidak berguna, tetapi amat lama hidupnya.
Kaduk naik junjung.-Orang hina merasa dirinya mulia.
Kain basah kering di pinggang.-Sangat miskin.
Kalau dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersuara.-Jawab yang benar dan tepat.
Kalau kubuka tempayan budu, barulah tahu.-Kalau dibuka rahsianya, tentu mendapat malu.
Kalau kucing keluar tanduk barulah ayam boleh bersusu.-Perkara yang mustahil.
Kalau tak ada api, masakan ada asap.-Jika tidak bersalah masakan dituduh orang.
Kalau tak ada kulit bercerailah tulang.-Orang yang sangat kurus.

Sunday 27 November 2011

Peribahasa bermula dengan huruf "H" hingga "J"

H
Habis kapak berganti beliung.-Sangat rajin bekerja.
Habis tenggang dan kelakar.-Tidak berdaya lagi.
Hangat-hangat tahi ayam.-Tidak bersungguh-sungguh.
Hujan jatuh ke pasir.-Berbuat baik tidak pada tempatnya.
Hukum yang rata, adat yang datar.-Sesuatu yang sama baiknya.
Hulu malang pangkal celaka.-Permulaan segala bencana.
Hutang kayu ara.-Hutang yang tak mungkin terbayar.
Hutang tiap helai bulu.-Sangat banyak hutangnya.
I
Ibarat ayam: tiada mengais tiada makan.-Sangat miskin.
Ibarat burung: mata lepas badan terkurung.-Tidak ada kemerdekaan.
Ikan dalam keroncong.-Tiada tertolong lagi.
Ikan di hulu tuba di hilir.-Perbuatan yang sia-sia.
Isi dada bekal berjalan.-Kalau ada ilmu ke mana pergi mudah rezeki.
Itik bertaji.-Sangat penakut, tetapi sombong.
Itik diajar berenang.-Membuat pekerjaan yang sia-sia.
Itik mendapat air.-Memperoleh sesuatu yang sangat digemarinya.
J
Jadi air mandi.-Sudah jadi kebiasaan.
Jadi alas cakap.-Hadiah kepada orang yang berjasa.
Jadi kuda beban.-Orang suruhan.
Jahit sudah, kelindan putus.-Habis sama sekali.
Jika hati tak suka, madu diminum serasa cuka.-Menunjukkan kebencian.
Jika kepalanya ular, takkan ekornya belut.-Yang jahat itu tetap jahat.
Jirus bagai bulan akan habis.-Modal yang makin lama makin susut.
Jual sutera beli mastuli.-Dapat ganti yang lebih berharga lagi.

Peribahasa bermula dengan huruf "E" hingga "G"

E
Elok arak di hari panas.-Orang yang bersukacita sebab maksudnya sampai.
Elok buruk dan busuk hanyir.-Kesenangan dan kesusahan selalu beriringan.
Embun di hujung rumput.-Tiada kekal.
Enau mencari sigai.-Perempuan mencari lelaki.
Enggang lalu atal jatuh, anak raja ditimpanya.-Lain yang bersalah, lain yang menerima hukuman.
Enggang lalu ranting patah.-Sebab yang secara kebetulan meninggalkan akibatnya.
Entak sedegam, langkah sepijak.-Seia-sekata; semuafakat.
Entimun bongkok.-Tidak masuk hitungan dalam pergaulan.
F
Fikir itu Pelita hati.-Fikiran suluh kebenaran.
G
Gayung tua, gayung memutus.-Perkataan orang tua biasanya tepat.
Gedang kayu, gedang dahannya.-Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya.
Geruh luka ajal mati.-Untung baik luka saja; untung tak baik, mati.
Geruh menempuh dalam tubuh.-Nasib buruk yang mempengaruhi diri.
Geruh tak berbunyi, malang tak berbau.-Kemalangan terjadi tanpa diketahui.
Geruh tak mencium bau.-Kemalangan terjadi tanpa diketahui.
Getah terbangkit kuaran tiba.-Perhitungan yang salah.
Gila di abun-abun.-Mengangan-angankan sesuatu yang mustahil.

Peribahasa bermula dengan huruf "C" dan "D"

C
Cacing menjadi ular naga.-Orang hina menjadi orang mulia.
Campak baju nampak kurap.-Mendedahkan keburukan diri sendiri.
Campak bunga dibalas dengan campak tahi.-Kebaikan dibalas dengan kejahatan.
Cari umbut kena buku.-Mencari yang baik, mendapat yang buruk.
Cekarau besar liang.-Besar bualannya dan suka membuka rahsia orang.
Celaka ayam, padi masak makan ke hutan.-Nasib yang malang.
Celaka tiga belas.-Malang sekali.
Cembul dengan tutupnya.-Sesuai benar.
D
Dahan pembaji batang.-Menggunakan harta benda tuannya.
Dalam dua tengah tiga.-Tidak jujur.
Dalam rumah membuat rumah.-Mencari keuntungan atas ongkos orang lain.
Dapat dihitung dengan jari.-Sangat sedikit.
Dapur tidak berasap.-Terlalu miskin.
Darah setampuk pinang.-Belum berpengalaman.
Dari ajung turun ke sampan.-Diturunkan pangkat.
Daripada segenggam jadi segantang.-Bernasib baik.

Saturday 26 November 2011

Simpulan Bahasa - Pilot 2011 ~ HD 720p

Peribahasa bermula dengan huruf "B"

Babi merasa gulai.-Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum.
Badan boleh dimiliki, hati tiada boleh dimiliki.-Sudah sehidup semati.
Badan sudah dua senyawa.-Tidak tetap pendirian; selalu berubah-ubah.
Bagai air mencari jenisnya.-Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.
Bagai air itik ke batu.-Lemah dan lesu tanpa penyakit.
Bagai anak dara sudah berlaki.-Banyak sekali.
Bagai anak nangui.-Berbaring dan bermalas-malas saja di rumah orang lain.
Bagai anak sepat ketohoran.-Kurus sekali.

Peribahasa - Pilot 2011 ~ HD 720p

Peribahasa bermula dengan huruf "A"

Ada air, adalah ikan.-Ada negeri tentulah ada rakyatnya.
Ada angin, ada pokoknya.-Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya.
Ada beras, taruh dalam padi.-Rahsia hendaklah disimpan baik-baik.
Ada biduk, serempu pula.-Tidak puas dengan apa yang sudah dimiliki.
Ada bukit, ada paya.-Ada baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya.
Ada hari, ada nasi.-Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.
Ada jarum hendaklah ada benangnya.-Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya.
Ada kerak, ada nasi.-Tiap-tiap suatu kejadian itu tentu ada bekasnya.

Peribahasa

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.

Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.

Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda. Tetapi pada masa kini, pelbagai peribahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar menghafalkan seberapa banyak peribahasa seperti robot.

Peribahasa yang baru dicipta ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan buku masing-masing dengan mengisi buku masing-masing dengan peribahasa moden yang janggal, dengan setiap penerbit menghasilkan peribahasa masing-masing.

Selain itu, peribahasa yang baru dicipta ini juga mendorong kepada merosakkan bahasa, kerana sesetengah daripadanya hanya dibuat secara serkap jarang tanpa sebarang penyeliaan oleh sebarang pihak.