Sunday 27 November 2011

Peribahasa bermula dengan huruf "H" hingga "J"

H
Habis kapak berganti beliung.-Sangat rajin bekerja.
Habis tenggang dan kelakar.-Tidak berdaya lagi.
Hangat-hangat tahi ayam.-Tidak bersungguh-sungguh.
Hujan jatuh ke pasir.-Berbuat baik tidak pada tempatnya.
Hukum yang rata, adat yang datar.-Sesuatu yang sama baiknya.
Hulu malang pangkal celaka.-Permulaan segala bencana.
Hutang kayu ara.-Hutang yang tak mungkin terbayar.
Hutang tiap helai bulu.-Sangat banyak hutangnya.
I
Ibarat ayam: tiada mengais tiada makan.-Sangat miskin.
Ibarat burung: mata lepas badan terkurung.-Tidak ada kemerdekaan.
Ikan dalam keroncong.-Tiada tertolong lagi.
Ikan di hulu tuba di hilir.-Perbuatan yang sia-sia.
Isi dada bekal berjalan.-Kalau ada ilmu ke mana pergi mudah rezeki.
Itik bertaji.-Sangat penakut, tetapi sombong.
Itik diajar berenang.-Membuat pekerjaan yang sia-sia.
Itik mendapat air.-Memperoleh sesuatu yang sangat digemarinya.
J
Jadi air mandi.-Sudah jadi kebiasaan.
Jadi alas cakap.-Hadiah kepada orang yang berjasa.
Jadi kuda beban.-Orang suruhan.
Jahit sudah, kelindan putus.-Habis sama sekali.
Jika hati tak suka, madu diminum serasa cuka.-Menunjukkan kebencian.
Jika kepalanya ular, takkan ekornya belut.-Yang jahat itu tetap jahat.
Jirus bagai bulan akan habis.-Modal yang makin lama makin susut.
Jual sutera beli mastuli.-Dapat ganti yang lebih berharga lagi.

Peribahasa bermula dengan huruf "E" hingga "G"

E
Elok arak di hari panas.-Orang yang bersukacita sebab maksudnya sampai.
Elok buruk dan busuk hanyir.-Kesenangan dan kesusahan selalu beriringan.
Embun di hujung rumput.-Tiada kekal.
Enau mencari sigai.-Perempuan mencari lelaki.
Enggang lalu atal jatuh, anak raja ditimpanya.-Lain yang bersalah, lain yang menerima hukuman.
Enggang lalu ranting patah.-Sebab yang secara kebetulan meninggalkan akibatnya.
Entak sedegam, langkah sepijak.-Seia-sekata; semuafakat.
Entimun bongkok.-Tidak masuk hitungan dalam pergaulan.
F
Fikir itu Pelita hati.-Fikiran suluh kebenaran.
G
Gayung tua, gayung memutus.-Perkataan orang tua biasanya tepat.
Gedang kayu, gedang dahannya.-Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya.
Geruh luka ajal mati.-Untung baik luka saja; untung tak baik, mati.
Geruh menempuh dalam tubuh.-Nasib buruk yang mempengaruhi diri.
Geruh tak berbunyi, malang tak berbau.-Kemalangan terjadi tanpa diketahui.
Geruh tak mencium bau.-Kemalangan terjadi tanpa diketahui.
Getah terbangkit kuaran tiba.-Perhitungan yang salah.
Gila di abun-abun.-Mengangan-angankan sesuatu yang mustahil.

Peribahasa bermula dengan huruf "C" dan "D"

C
Cacing menjadi ular naga.-Orang hina menjadi orang mulia.
Campak baju nampak kurap.-Mendedahkan keburukan diri sendiri.
Campak bunga dibalas dengan campak tahi.-Kebaikan dibalas dengan kejahatan.
Cari umbut kena buku.-Mencari yang baik, mendapat yang buruk.
Cekarau besar liang.-Besar bualannya dan suka membuka rahsia orang.
Celaka ayam, padi masak makan ke hutan.-Nasib yang malang.
Celaka tiga belas.-Malang sekali.
Cembul dengan tutupnya.-Sesuai benar.
D
Dahan pembaji batang.-Menggunakan harta benda tuannya.
Dalam dua tengah tiga.-Tidak jujur.
Dalam rumah membuat rumah.-Mencari keuntungan atas ongkos orang lain.
Dapat dihitung dengan jari.-Sangat sedikit.
Dapur tidak berasap.-Terlalu miskin.
Darah setampuk pinang.-Belum berpengalaman.
Dari ajung turun ke sampan.-Diturunkan pangkat.
Daripada segenggam jadi segantang.-Bernasib baik.

Saturday 26 November 2011

Simpulan Bahasa - Pilot 2011 ~ HD 720p

Peribahasa bermula dengan huruf "B"

Babi merasa gulai.-Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum.
Badan boleh dimiliki, hati tiada boleh dimiliki.-Sudah sehidup semati.
Badan sudah dua senyawa.-Tidak tetap pendirian; selalu berubah-ubah.
Bagai air mencari jenisnya.-Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.
Bagai air itik ke batu.-Lemah dan lesu tanpa penyakit.
Bagai anak dara sudah berlaki.-Banyak sekali.
Bagai anak nangui.-Berbaring dan bermalas-malas saja di rumah orang lain.
Bagai anak sepat ketohoran.-Kurus sekali.

Peribahasa - Pilot 2011 ~ HD 720p

Peribahasa bermula dengan huruf "A"

Ada air, adalah ikan.-Ada negeri tentulah ada rakyatnya.
Ada angin, ada pokoknya.-Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya.
Ada beras, taruh dalam padi.-Rahsia hendaklah disimpan baik-baik.
Ada biduk, serempu pula.-Tidak puas dengan apa yang sudah dimiliki.
Ada bukit, ada paya.-Ada baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya.
Ada hari, ada nasi.-Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.
Ada jarum hendaklah ada benangnya.-Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya.
Ada kerak, ada nasi.-Tiap-tiap suatu kejadian itu tentu ada bekasnya.

Peribahasa

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.

Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.

Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda. Tetapi pada masa kini, pelbagai peribahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar menghafalkan seberapa banyak peribahasa seperti robot.

Peribahasa yang baru dicipta ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan buku masing-masing dengan mengisi buku masing-masing dengan peribahasa moden yang janggal, dengan setiap penerbit menghasilkan peribahasa masing-masing.

Selain itu, peribahasa yang baru dicipta ini juga mendorong kepada merosakkan bahasa, kerana sesetengah daripadanya hanya dibuat secara serkap jarang tanpa sebarang penyeliaan oleh sebarang pihak.